Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja sepanjang 6 bulan pertama dan meneruskan penyusuan sehingga usianya 2 tahun. Makanan pelengkap dimulakan pada usianya 6 bulan.


December 23, 2013

PROGRAM KUTU BREAST PUMP(EVE LOVE)

Inginkan breast pump Idaman,Tapi tiada modal untuk beli,kami menawarkan PROGRAM KUTU BREAST PUMP(EVE LOVE)..

Syarat-SyaratNya..

Sila hubungi kami penyelia program "Kutu breast pump"ditalian 012-5142439 atau emel ke ekyncoklat@gmail.com untuk tempahan.

*Bayaran booking tempat sebanyak RM50 diperlukan untuk menyertai program kutu ini. Peserta perlu mencari pengganti sekiranya ingin menarik diri. Sekiranya gagal berbuat demikian, bayaran deposit atau bayaran yg telah dibuat sepanjang program ini berlangsung tidak akan dikembalikan.

*Setiap Kumpulan memerlukan 4 orang (Pihak kami akan mengikut budi bicara untuk meneruskan program atau tidak sekiranya tidak dapat mengumpulkan bilangan ahli yg diperlukan).Sekiranya pihak kami mahu membubarkan kumpulan,wang/bayaran deposit yg telah dibuat akan kami kembalikan.

*Produk akan diterima pada setiap hujung bulan mengikut giliran.(Contoh:- jika giliran anda pada JAN didalam senarai ahli,maka barangan akan diterima pada hujung bulan JAN tersebut)


*Bayaran bulan Pertama: RM100 sahaja (RM50 telah diterima semasa membuat tempahan tempat) Bayaran ke-2 hingga ke-6 :RM150 .Semua ahli kutu hendaklah membuat pembayaran sebelum atau pada 27hb setiap bulan.


*Tempahan akan di buat setelah menerima semua bayaran daripada ahli.


*Pihak kami berhak membatalkan penyertaan sekiranya peserta melanggar perjanjian ini di atas sebarang sebab munasabah, wang yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.

*Caj delivery akan dikenakan sebanyak RM10 kepada pelanggan yg menerima barangan sahaja.Contoh jika turn Jan ,pelanggan itu akan dikenakan caj delivery RM10..

November 19, 2013

SET MILK BOOSTER "Siapa yang perlu ambil set ini?" * ibu yang ada masalahpenyusuan, * si ibu yang nak mula menyimpan stok, * si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan * ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali. Vitamin ibu menyusu hanya berindak sebagai milk booster dan menyokong keperluan zat kpd ibu dan anak kerana secara purata kebayakan kita tidak mengambil zat & nutrisi yg secukupnya. Pam setiap 2-3 jam sekali.Tanpa pengosongan payudara yg kerap,otak tidak dapat menerima signal utk mengarahkan payudara menghasilkan lebih banyak susu. Tanpa kekerapan mengepam & minum air sekurang 3 liter maka tiada gunanya kita mengambil vitamin ini..

November 13, 2013

INFO PENTING -SUSU FORMULA Vs EBM (Expressed Breast Milk)

Ramai mommies diluar sana tidak tahu bahawa penyediaan susu formula jauh lebih rumit berbanding penyediaan Expressed Breast Milk (EBM). Sekiranya mereka mengikut cara yang sepatutnya, iaitu air utk membancuh susu mestilah 100 darjah celcius utk memusnahkan kuman didalam susu tepung (dan biasanya org suam suam kuku sahaja) dan semua peralatan semasa menyediakan susu formula wajib disteril sebelum digunakan.

Berbeza dengan EBM, peralatan seperti botol dan puting hanya perlu dibasuh dengan air paip dan dijirus dengan air panas sebelum digunakan kerana susu ibu mengandungi antibodi yang dapat mencegah pembiakan bakteria.

TAHUKAH ANDA???

Bayi yang minum susu ibu tidak minum susu sebanyak bayi yang minum susu formula. Ini berikutan kuantiti 3 oz yang diminumnya untuk sekali minum adalah mencukupi untuk fungsi normal badannya. Susu ibu yang dihasilkan berubah komposisinya mengikut cuaca dan usia bayi. Kebaikan susu ibu ialah ianya bersesuaian dan berkadaran langsung dengan keperluan bayi pada ketika itu.

November 5, 2013

EVE LOVE FLEXI DOUBLE HANDSFREE BREAST PUMP


Eve love flexi double breast pum sudah tiba...
Hanya RM599 + freegift
Eve Love Sdn Bhd ditubuhkan oleh pasangan suami isteri bumiputera(Dr Ridzuan dan Dr Shahira)yang berprofession sebagai doktor/laction counsellor serta sangat aktif dalam penyebaran ilmu dan pentingnya penyusuan ibu pada masa kini. Pump eve love baru yg ditunggu tunggu telah tiba.Eve Love memperkenalkan model terbaru setelah model lama telah terjual 1000 dalam masa 2 bulan sahaja.
Tawaran harga terhad kepada 10 Mommies terawal sahaja..
Memperkenal kan EVE LOVE FLEXI DOUBLE HANDSFREE BREAST PUMP Double Pump yg penuh ciri-ciri canggih.
Kenapa mommies perlu dapatkan pump ini
Jawapanya:
*Double Pump
*Ada POWER BANK-boleh guna utk pump ,charge phone,i-pad..
*Boleh pakai elektrik & bateri
*Senyap ,tak bising
*Ringan
*Tak sakit
*Ada muzik yang boleh menenangkan sambil pump
*Ada Timer
*Mudah basuh
*Mudah Pasang
*Warranty 1 Year untuk Pump
*Ada service centre
Pendek kata pump ini yang paling canggih.. Cepat dapatkan sekarang. Kepada mommies yang pm terawal boleh dapatkan freegift dari kami..
Pm / WhatsApp 012-5142439..







October 25, 2013

SNOW BEAR BREAST PUMP (ELECTRIC SINGLE PUMP)RM199

Kenapa Breast Pump ni laris sangat?


Jawapannya: Murah, Ringan, Senang Bawa, Kecil, Senang Basuh, Efektif & Sangat Berbaloi-Baloi!

Dapatkan Sekarang..
Sila PM & Whatsapp 012-5142439


- 589 Mommies telah Memiliki Pam ini Sejak Februari 2013
- Mommies yang guna berpuas hati!
- Waranti 1 Tahun (kad waranti di sertakan)
- Boleh pakai elektrik & bateri
- Mimik bayi (membantu ibu yang ada inverted nipples)
- Tak sakit & Tak bising
- Praktikal & Tersangat Ringan 300g sahaja!
- Kecil, diameter 12 cm sahaja & senang bawa
- Made in Korea (Ada servis center / customer support)
- 2 Jenis Sedutan mimik bayi - pump & urutan lepasan
- 3 Level sedutan untuk keselesaan Mommies
- Anti Back Flow
- Corong pam yang lembut & rekabentuk utk keselesaan
- Senang di pasang & di cuci. (Hanya 4 parts utama)
- Selamat & Non toxic (BPA free and Phthalates Free)
- US FDA approved material for safe storage

October 2, 2013

COOLER BAG

2-IN-1 CONVERTIBLE (RM28.90)
*Boleh memuatkan 6 botol dan 3 keping ice pack
*Menyejukkan susu ibu untuk 12 jam
*Terdapat pilihan warna yang menarik

 2 In-1 Mulberry























2 In-1 Peony

                                       





















2 In-1 Summer Fields























FUN FOLDAWAY (RM19.90)
*Boleh memuatkan 4-6 botol dan 3 keping ice pack
*Menyejukkan susu ibu untuk 12 jam
*Terdapat pilihan warna yang menarik



Fun Foldaway Rainbow



















Fun Foldaway Spring Green

























Fun Foldaway Pink Polka




















Fun Foldaway Summer Bloom


















Beast Milk Storage Bottles

Harga=RM38.90 Untuk 10 Bottle





Beast Milk Storage bag(Double Ziplock storage )
Harga=RM12.90=25 Keping















DOUBLE BREAST PUMP(EVE LOVE)

Eve Love Sdn Bhd ditubuhkan oleh pasangan suami isteri bumiputera(Dr Ridzuan dan Dr Shahira)yang berprofession sebagai doktor/laction counsellor serta sangat aktif dalam penyebaran ilmu dan pentingnya penyusuan ibu pada masa kini.


Kepada mommies yang masih mencari breast pump,ini lah peluang anda untuk mencuba Breast Pump Eve Love keluaran bumiputera.Double Breast pump,ringan & comel,menjimatkan masa,Tidak sakit & lebih murah dari double breast pump yang lain..


Cepat dapatkan sekarang.
Kepada mommies yang pm terawal boleh dapatkan freegift dari kami..

October 1, 2013

MAM BOTTLE

Single Bottle (Blue)

Harga=RM35.90

Single Bottle(Pink)

Harga=RM35.90


September 18, 2013

POWER PUMPING TEKNIK BANYAKKAN SUSU IBU

Apa itu Power Pumping?

Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. Tapi, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam oleh ibu.


Siapa Perlu Buat Power Pumping?
1- Ibu yang kekurangan susu - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.
2- Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
3- Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.
Macam Mana Nak Buat Power Pumping?
Jika anda menggunakan Single Pump: Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1jam.


Jika anda menggunakan Double Pump: Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat atau stop pam 10minit dan sambung semula pam kedua belah breast 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam.


Saranan Waktu Mengepam?
Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana..pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi.


Siapa Perlu Buat Power Pumping?

1- Ibu yang kekurangan susu - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.
2- Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
3- Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.


Berapa Lama Tempoh Nak Dapatkan Hasilnya?
Pertama sekali..kita perlu ingat bahawa bukan sekali buat Power Pumping terus susu mencurah penuh botol 5oz. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping. Sekurang-kurangnya satu minggu kita akan dapat hasil yang menakjubkan. Walaupun pada hari pertama mengepam kita hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Demand semakin kerap dan semakin banyak. Yakinlah Allah akan membantu kita yang ikhlas ingin memberikan yang terbaik untuk anak kita. Banyakkan berdoa. InsyaAllah...


Pengalaman saya ,hari ke-5 buat baru nampak hasilnya.Buat time period, sebab time ni susu kurang.
Harapnya perkongsian ini membantu ibu-ibu yang terfikir-fikir nak menambah stock susu. Semoga berjaya!

September 9, 2013

Tommee Tippee

LIMITED EDITION

Pink- 9oz

Harga Pasaran=RM39 to RM40
Harga Promotion=RM37
Available =3 Bottle Only



TOMMEE  TIPPEE ROYAL BABY BOTTLES
Boy Single Bottle
Harga =RM 39.90
 
Girl Single Bottle Harga=RM39.90



 
 

 













Single Bottle(3 Colour)

Harga=RM35.00


September 3, 2013

IBU OH IBU

Kalau ibu mahukan yang terbaik utk anak seperti katil terbaik, baju terbaik, pendidikan terbaik, guru terbaik dan mari kita mulakan dengan sesuatu yang percuma & terbaik.Susu ibu permulaan yang baik =).Kenapa kita nak membazirkan duit utk beli susu tepung yang mahal sampai beratus-ratus berbanding dengan susu ibu yang begitu berkhasiat dan percuma sahaje..

August 28, 2013

Fakta Dari Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan

Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Rokiah Don, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu- ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang bimbang buah dada akan melendur. Sekiranya anda salah seorang yang menghuraikan alasan tersebut, jelas pengetahuan anda mengenai susu ibu terlalu cetek. Tempoh dua tahun bagi yang menyempurnakan susuan atau sekurang-kurangnya enam bulan pertama amat berharga. Bukankah anak itu anugerah Tuhan yang tidak ternilai, mereka berhak mendapat makanan terbaik.

August 27, 2013

Cara Berkesan Tambah Susu Ibu


1.Tambah Masa dan Kekerapan
Konsep asas dan wajib dibuat jika mahu tambah susu ibu. Susu ibu terhasil dari konsep supply dan demand. Lebih permintaan (demand) lebih susu yang akan terhasil (supply). Ibu perlu kosongkan payudara bagi menghasilkan lebih susu. Caranya pam 10-15 minit selepas anak menyusu. Tahukah ibu hormon pengeluaran susu (hormon prolaktin) banyak terhasil selepas jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ambil peluang, bangun dan pamlah. Jangan diikutkan sangat kesedapan tidur. Seelok-eloknya pamlah 2-3 jam sekali, bagi menjamin supply susu ibu. Jika ada dirumah, susukanlah anak sekerap mungkin. Bayi adalah peransang yang paling baik untuk pengeluaran susu ibu. Waktu dipejabat, cuba sebaiknya untuk ikut jadual mengepam. Jadual mengepam yang konsisten juga faktor baik menambah susu ibu. Lebih baik, tuliskan jadual mengepam dan catat hasilnya. Barulah ibu lebih bersemangat.

2. Minum Air Paling Kurang 2 Liter
Air adalah elemen paling penting bagi penghasilan susu ibu. Ini tak termasuk jus, air teh, milo dan sebagainya. 2 liter air kosong setiap hari. Gunalah botol bagi menyukat berapa lier yang telah diminum. Air kosong sangat bagus bagi kesihatan yang optimum. Jadi minumlah air kosong ya.

3. Makanan Seimbang
Ibu perlu jaga pemakanan. Jangan hanya diikut nafsu makan. Makan banyak tapi tak cukup khasiat juga tak guna. Jadi makanlah dengan ideal. Pilih menu yang seimbang. Untuk menjaga berat badan, usah makan sekali banyak. Tapi makanlah sikit-sikit dengan kerap. Paling penting sarapan. Jadi cubalah sebaiknya untuk tidak lupa bersarapan di waktu pagi. Lebih baik lagi, amalkan pengambilan supplement. Ini bagi melengkapkan sumber vitamin dan mineral yang tubuh ibu perlukan. Pemakanan ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang sihat untuk anak. Selain itu kesihatan mental juga perlu dijaga. Elakkan stress, kerana ianya boleh menjejaskan susu yang akan terhasil. Jadi ibu menyusu pastikahlah yang kalian sihat fizikal dan mental. Barulah impian menyusukan anak hingga 2 tahun akan terlaksana. Ya, supplement perlukan sedikit pelaburan. Tapi apa salahnya kan, untuk diri ibu juga. Bukan sekadar pakaian dan beg yang branded. Tapi usahakanlah untuk jaga kesihatan badan. Bukankah tubuh nie Allah amanahkan untuk kita jaga.

4.Makan Penggalak Susu Ibu
Ibu boleh mengambil makanan yang menggalak susu ibu, seperti oat, daun pegaga, halba, lobak putih, longan, alfalfa dan sebagainya. Ini hanya akan berkesan jika cara 1 dan 2 telah dibuat. Jika tak buat cara 1 dan 2, janganlah berharap susu ibu yang bertambah.

5.Ambil Pil/Suntikan Hormon
Ini jalan terakhir.Sebelum ambil, jumpa doktor dan minta konsultansi. Jangan lupa semak jika susu yang sedikit adalah disebabkan oleh perkara lain seperti mengandung, datang bulan, anemia dan sebagainya.

6.Doa
Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya. Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya setiap kali selepas solat.

Point-point di atas adalah antara cara menambah susu badan. Selain itu,jika anda ibu-ibu yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan, saya mencadangkan agar anda mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh anda. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barula penyusuan dapat berlangsung dengan lancar. Cadangan suplemen untuk Ibu Menyusu Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP.
Antara mitos yang selalu menyebabkan ibu-ibu give-up menyusukan bayi mereka ialah:
-baby boy minum banyak, tk cukup
-baby nangis, tak puas susu
-mommy demam, takleh menyusukan
-breast mommy kecil, tak cukup susu
-nanti nak bekerja susah,anak tanak minum melalui botol
-susu akan kurang bila mula bekerja
-nipple cracked dan berdarah

susu ibu adalah supply and demand ,tiada yang mustahil..