Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja sepanjang 6 bulan pertama dan meneruskan penyusuan sehingga usianya 2 tahun. Makanan pelengkap dimulakan pada usianya 6 bulan.


November 13, 2013

INFO PENTING -SUSU FORMULA Vs EBM (Expressed Breast Milk)

Ramai mommies diluar sana tidak tahu bahawa penyediaan susu formula jauh lebih rumit berbanding penyediaan Expressed Breast Milk (EBM). Sekiranya mereka mengikut cara yang sepatutnya, iaitu air utk membancuh susu mestilah 100 darjah celcius utk memusnahkan kuman didalam susu tepung (dan biasanya org suam suam kuku sahaja) dan semua peralatan semasa menyediakan susu formula wajib disteril sebelum digunakan.

Berbeza dengan EBM, peralatan seperti botol dan puting hanya perlu dibasuh dengan air paip dan dijirus dengan air panas sebelum digunakan kerana susu ibu mengandungi antibodi yang dapat mencegah pembiakan bakteria.

No comments:

Post a Comment